2012年4月15日星期日

Amalan Nilai-Nilai Dalam Kehidupan

PENGURUSAN nilai ialah suatu ilmu yang baharu walaupun dari segi praktikal telah lama kita amalkan dalam kehidupan seharian. Pengurusan nilai bermaksud mengurus dan mengelola kehidupan berasaskan satu piawaian khusus atau pertimbangan sama ada positif atau negatif yang memberi implikasi dari segi kebaikan atau keburukan. Dengan erti kata lain, pengurusan nilai ialah pengurusan sesuatu perbuatan atau amalan yang mempunyai harga, kepentingan atau keburukan. Nilai kebiasaannya diletakkan ukuran sama ada positif, negatif ataupun neutral. Makna nilai juga ialah pengukuran sesuatu yang dihajati dan dihargai. Kebiasaannya mencakupi aspek taraf, darjat, kualiti dan mutu.  Nilai akhlak Islam misalnya berasaskan kepada prinsip ajaran kebaikan Islam yang mengandungi nilai-nilai murni, positif dan akhlak. Sebagai contoh, jika kita tidak menutup lampu ketika tidak berada dalam bilik pejabat atau di rumah, ia akan membawa pembaziran. Pembaziran merupakan amalan syaitan dan dalam konteks pengurusan nilai, ia membawa implikasi yang negatif.

Berbakti kepada Orangt Tua

Spoiler for detail:
1. Berbicaralah kamu kepada kedua orang tuamu dengan adab dan janganlah mengucapkan "Ah" kepada mereka, jangan hardik mereka, berucaplah kepada mereka dengan ucapan yang mulia.

2. Selalu taati mereka berdua di dalam perkara selain maksiat, dan tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam bermaksiat kepada sang Khalik.

3. Lemah lembutlah kepada kedua orangtuamu, janganlah bermuka masam serta memandang mereka dengan pandangan yang sinis.

4. Jagalah nama baik, kemuliaan, serta harta mereka. Janganlah engkau mengambil sesuatu tanpa seizin mereka.

5. Kerjakanlah perkara-perkara yang dapat meringankan beban mereka meskipun tanpa diperintah. Seperti melayani mereka, belanja ke warung, dan pekerjaan rumah lainnya, serta bersungguh-sungguhlah dalam menuntut ilmu.

6. Bermusyawarahlah dengan mereka berdua dalam seluruh kegiatanmu. Dan berikanlah alasan jika engkau terpaksa menyelisihi pendapat mereka.

7. Penuhi panggilan mereka dengan segera dan disertai wajah yang berseri dan menjawab, "Ya ibu, ya ayah". Janganlah memanggil dengan, "Ya papa, ya mama", karena itu panggilan orang asing (orang-orang barat maksudnya –pent.).

8. Muliakan teman serta kerabat mereka ketika kedua orang tuamu masih hidup, begitu pula setelah mereka telah wafat.

9. Janganlah engkau bantah dan engkau salahkan mereka berdua. Santun dan beradablah ketika menjelaskan yang benar kepada mereka.

10. Janganlah berbuat kasar kepada mereka berdua, jangan pula engkau angkat suaramu kepada mereka. Diamlah ketika mereka sedang berbicara, beradablah ketika bersama mereka. Janganlah engkau berteriak kepada salah seorang saudaramu sebagai bentuk penghormatan kepada mereka berdua.


11. Bersegeralah menemui keduanya jika mereka mengunjungimu, dan ciumlah kepala mereka.

12. Bantulah ibumu di rumah. Dan jangan pula engkau menunda membantu pekerjaan ibumu.

13. Janganlah engkau pergi jika mereka berdua tidak mengizinkan meskipun itu untuk perkara yang penting. Apabila kondisinya darurat maka berikanlah alasan ini kepada mereka dan janganlah putus komunikasi dengan mereka.

14. Janganlah masuk menemui mereka tanpa izin terlebih dahulu, apalagi di waktu tidur dan istirahat mereka.

15. Jangan makan dulu sebelum mereka makan, muliakanlah mereka dalam (menyajikan) makanan dan minuman.

16. Janganlah engkau berdusta kepada mereka dan jangan mencela mereka jika mereka mengerjakan perbuatan yang tidak engkau sukai.

17. Jangan engkau utamakan istri dan anakmu di atas mereka. Mintalah keridhaan mereka berdua sebelum melakukan sesuatu karena ridha Allah tergantung ridha orang tua. Begitu juga kemurkaan Allah tergantung kemurkaan mereka berdua.

18. Jangan engkau duduk di tempat yang lebih tinggi dari mereka. Jangan engkau julurkan kakimu di hadapan mereka karena sombong.

19. Jangan engkau menyombongkan kedudukanmu di hadapan bapakmu meskipun engkau seorang pejabat besar. Hati-hati, jangan sampai engkau mengingkari kebaikan-kebaikan mereka berdua atau menyakiti mereka walaupun dengan hanya satu kalimat.

20. Jangan pelit dalam memberikan nafkah kepada kedua orang tua sampai mereka mengeluh. Ini merupakan aib bagimu. Engkau juga akan melihat ini terjadi pada anakmu. Sebagaimana engkau memperlakukan orang tuamu, begitu pula engkau akan diperlakukan sebagai orang tua.

21. Banyaklah berkunjung kepada kedua orang tua, dan persembahkan hadiah bagi mereka. Berterimakasihlah atas perawatan mereka serta atas kesulitan yang mereka hadapi. Hendaknya engkau mengambil pelajaran dari kesulitanmu serta deritamu ketika mendidik anak-anakmu.

22. Orang yang paling berhak untuk dimuliakan adalah ibumu, kemudian bapakmu. Dan ketahuilah bahwa surga itu di telapak kaki ibu-ibu kalian.

23. Berhati-hati dari durhaka kepada kedua orang tua serta dari kemurkaan mereka. Engkau akan celaka dunia akhirat. Anak-anakmu nanti akan memperlakukanmu sama seperti engkau memperlakukan kedua orangtuamu.

24. Jika engkau meminta sesuatu kepada kedua orang tuamu, mintalah dengan lembut dan berterima kasihlah jika mereka memberikannya. Dan maafkanlah mereka jika mereka tidak memberimu. Janganlah banyak meminta kepada mereka karena hal itu akan memberatkan mereka berdua.

25. Jika engkau mampu mencukupi rezeki mereka maka cukupilah, dan bahagiakanlah kedua orangtuamu.

26. Sesungguhnya orang tuamu punya hak atas dirimu. Begitu pula pasanganmu (suami/istri) memiliki hak atas dirimu. Maka penuhilah haknya masing-masing. Berusahalah untuk menyatukan hak tersebut apabila saling berbenturan. Berikanlah hadiah bagi tiap-tiap pihak secara diam-diam.

27. Jika kedua orang tuamu bermusuhan dengan istrimu maka jadilah engkau sebagai penengah. Dan pahamkan kepada istrimu bahwa engkau berada di pihaknya jika dia benar, namun engkau terpaksa melakukannya karena menginginkan ridha kedua orang tuamu.

28. Jika engkau berselisih dengan kedua orang tuamu di dalam masalah pernikahan atau perceraian, maka hendaknya kalian berhukum kepada syari'at karena syari'atlah sebaik-baiknya pertolongan bagi kalian.


29. Doa kedua orang itu mustajab baik dalam kebaikan maupun doa kejelekan. Maka berhati-hatilah dari doa kejelekan mereka atas dirimu.

30. Beradablah yang baik kepada orang-orang. Siapa yang mencela orang lain maka orang tersebut akan kembali mencelanya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

"Termasuk dosa besar adalah seseorang mencela kedua orang tuanya dengan cara dia mencela bapaknya orang lain, maka orang tersebut balas mencela bapaknya. Dia mencela ibu seseorang, maka orang tersebut balas mencela ibunya." (Muttafaqun 'alaihi).

31. Kunjungilah mereka disaat mereka hidup dan ziarahilah ketika mereka telah wafat. Bershadaqahlah atas nama mereka dan banyaklah berdoa bagi mereka berdua dengan mengucapkan,

"Wahai Rabb-ku ampunilah aku dan kedua orang tuaku. Waha Rabb-ku, rahmatilah mereka berdua sebagaimana mereka telah merawatku ketika kecil".

Nilai-nilai Murni Pelbagai Agama

Nilai-nilai murni dari perspektif pelbagai agama di Malaysia.

Pengenalan:

            Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa.

            Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing.  Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

Nilai-nilai Murni Dalam Masayarakat Melayu

Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa. Masyarakat Melayu mengutamakan amalan budi  kerana amalan ini merupakan jati diri setiap orang Melayu dalam masyarakat Melayu.

Bagi masyarakat Melayu, keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau jati diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak, dan berbudi. Justeru, terdapat pelbagai egen yang membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu.

      i.        Keluarga

ü  Merupakan egen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat
ü  Keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat
 
 
    ii.        Masyarakat

ü  Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial
ü  Kawalan sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyarakat dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya

   iii.        Kerajaan/Pemerintah

ü  Kerajaan dan pemerintah merupakan egen pembentuk masyarakat yang bertamadun dan harmonis
ü  Kejayaan pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinanyang diterajui oleh pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah

Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. ( Pemikir AprilJun2003: 6)

            Kedua-dua aspek ini juga menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat tersebut.(Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001: 187) Pembudayaaan pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya) masyarakat yang dianggotainya. (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001: 187) Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001 : 191192).]
 
 
Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Cina

Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Masyarakat Cina memuja nenek moyang dan tian (langit) di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan bintang, tanaman atau alam semula jadi. Ianya telah wujud dalam masyarakat Cina sejak zaman silam lagi.

Masyarakat . Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. Bagi masyrakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat.

Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral. Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting untuk mencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002: 306-307)
 

Falsafah Konfusianisme

Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspekaspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius (551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:
ü  Perikemanusiaan (ren)
ü  Kewajaran (yi)
ü  Kesusilaan (li)
ü  Kearifan (zhi)


Ajaran Konfusius
            Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai wulun, iaitu:
      i.        Raja dengan menteri
    ii.        Ayah dengan anak
   iii.        Suami dengan isteri
   iv.        Abang dengan adik
    v.        Kawan dengan kawan

Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina  mementingkan nilai-nilai murni yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasasma tanpa mengira bangsa.


Ajaran Buddhisme

            Ajaran Buddhisme mementingkan kesederhanaan di mana asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakt India

            Masyarakat India kenbanyakkan beragama Hindu. Bagi masyarakat India, keluarga merupakan unit asas dan terpenting. ( Azhar Hj. Md Ars dan Azharuddin Mohd Dali 2000 : 164 ). Masyarakat India juga mengamalkan sistem keluarga bersama (joint family).

            Apa yang dititikberatkan dalam masyarakat India ialah perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda. Sistem keluarga bersama juga mengalami kemorosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran semasa dan arus pemodenan terutama pengaruh daripada Barat menerusi media massa dan ICT.

            Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma, iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat objektif  mulia yang mesti ada bagi setiap insan. Apa yang dimaksudkan dengan empat objektif mulia ini ialah:

      i.        Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini.
    ii.        Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal.
   iii.        Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan dan pakaian ahli keluarga.
 
 
   iv.        Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan keIja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 359-360).


Secara keseluruhannya, agama Hindu menitkberatkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadapa makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan. Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai daIjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya sebaliknya mereka akan dilahirkan dengan daIj at yang rendah. Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 360)

 

prinsip-prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama

prinsip-prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama

Malaysia ialah sebuah negara demokrasi dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai keturunan , budaya, bahasa dan agama . Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi,tetapi agama-agama lain bebas diamalkan secara ama . Misalnya, agama Buddha, Hindu ,Kristian, Sikh ,ajaran  Confucius dan Taoist. Setiap agama berbeza dari segi ajaran ,penekanan dan amalannya. Namun,semuanya mempunyai nilai-nilai murni yang menjurus kepada nilai-nilai  moral yang mulia seperti sabar murah hati , sopan santun ,hormat kepada orang tua dan sebagainya . Nilai-nilai ini perlu dihayatin oleh setiap individu untuk kecemarlangan diri dan interaksinya dendan orang lain.


Antara nilai yang penting daiam kehidupan bermasyarakat ialah kasih sayang  dan saling membantu .Nilai-nilai ini diamalkan dalam agama Islam dengan menggalakkan umatnya saling membantu antara satu sama lain dalam hidup bermasyarakat. Penganut agama Buddha dan Hindu juga digalakkan berbakti kepada masyarakat  untuk mencapai kesempurnaan rohani dengan caranya yang tersendiri , begitu juga dengan penganut agama Kristian pula dikehendaki menyayangi jiran tetangga seperti menyayangi diri sendiri.



Kita sering membaca dalam akhbar atau menonton di televisyen tentang sikap prihatin rakyat negara ini dalam membantu mereka yang ditimpa musibah atau bencana alam seperti mangas gempa bumi ,tsunami ,banjir ,tanah runtuh ,kebakaran atau mereka yang menghidap penyakit kronik . Anda sendiri , bagaimana ?



                                                         sikap prihatin rakyat malaysia .

Kebersihan merupakan nilai yang penting .Nilai ini merangkuni kebersihan fizikal dan mental . Orang Islam perlu membersihkan  diri dengan berwuduk dan bersembahyang di tampat yang bersih . Sembahyang yang khusyuk akan melahirkan hati yang bersih selaku hamba-Nya. Agama Sikh menekankan agar penganutnya melakukan sesuatu dengan hati yang bersihdan jujur . Penganut ajaran Buddha juga digalakkan mengamalkan kehidupan yang jujur dan bersih dalam setiap tindak-tanduk mereka .Oleh itu , kita patut menjadikan nilai ini sebagaimya daripada kehidupan dengan menjaga kersihtan diri , persekitaran ,dan kemudahan awam agar kehidupan kita lebih selesa . Malahan kerajaan menggalakkan rakyatnya agar menjaga kebersihan .Kebersihan sepatutnya menjadi amalan setiap individu kerana setiap agama menuntut penganuntnya menjaga kebersihan.


                                       setiap agama menuntut penganutnya mengamalkan 
                                                    nilai kebersihan dan kasih sayang .


Disiplin diri berkait rapat dengan kawalan diri seseorang .Mengawal diri menurut ajaran agama ,undang-undang ,tradisi serta pegangan masyarakat serta negara merupakan nilai yang penting .Satu amalan yang melatih seseorang mengawal diri ialah puasa .Islam mewajibkan umatnya berpuasa pada bulan Ramadan ,Berpuasa merupakan amalan yang mengajar dan melatih umat Islam mengawal diri bukan sahaja daripada makan ,minum atau kepuasan inderia tetapi juga semua sifat negatif seperti tamak ,dengki , menipu ,memfitnah ,sombong dan sebagainya . Agama-agama lain seperti Hindu ,Buddha, Kristian dan Sikh juga nmenyuruh penganutnya berpuasa untuk tujuan-tujuan tertentu dengan caranya yang tersendiri .

Semua ajaran agama terutamanya agama Islam walaupun amalannya berbeza tetapi nilainya menjurus kepada satu arah iaitu kebaikan ,keamanan ,kaharmonian ,kesejahteraan , kesepakatan dan sebagainya , Sebagai individu yang mengadi rakyat negara majmuk ,kita perlu peka dan menghormati amalan dan kepercayaan agam orang lain .Misalnya ,orang Islam amat sensitif gengan barang-barang atau makanan yang terhasil daripada bahan yang diragui kehalalannya dan yang diharamkan untuk memakannya oleh hukum syarak.Begitu juga dengan penganut agama Hindu yang tidak memakan daging lembu kerana haiwan ini dianggap suci .Kita
hendaklah  menjaga sensitivito mereka bagi menjaga kehormonian masyarakat dan negara .

Pada hari perayaan tertentu seperti Thaipusam dan Hari Wesak, perarakan akan diadakan menyebabkan penutupan jalan-jalan tertentu.Namun demikian,sebagai rakyat Malaysia,kita perlu bersikap toleransi dan saling menghormati upacara keagamaan kaum lain agar perpaduan negara sentiasa berkekalan.


Nilai-nilai murni dan ajaran agama memainkan peranan penting dalam usaha mencorakkan kemajuan ,keamanan,mengukuhkan persefahaman dan membina kesejahteraan hidup rakyat di negara ini.Untuk mencapai matlamat tersebut,kita sebagai warganegara Malaysia bukan sahaja perlu mengamalkan nilai-nilai murni ajaran agama masing-masing dalam kehidupan tetapi juga perlu menghormati nilai-nilai dan amalan agama kaum-kaum lain.