2012年4月15日星期日

Amalan Nilai-Nilai Dalam Kehidupan

PENGURUSAN nilai ialah suatu ilmu yang baharu walaupun dari segi praktikal telah lama kita amalkan dalam kehidupan seharian. Pengurusan nilai bermaksud mengurus dan mengelola kehidupan berasaskan satu piawaian khusus atau pertimbangan sama ada positif atau negatif yang memberi implikasi dari segi kebaikan atau keburukan. Dengan erti kata lain, pengurusan nilai ialah pengurusan sesuatu perbuatan atau amalan yang mempunyai harga, kepentingan atau keburukan. Nilai kebiasaannya diletakkan ukuran sama ada positif, negatif ataupun neutral. Makna nilai juga ialah pengukuran sesuatu yang dihajati dan dihargai. Kebiasaannya mencakupi aspek taraf, darjat, kualiti dan mutu.  Nilai akhlak Islam misalnya berasaskan kepada prinsip ajaran kebaikan Islam yang mengandungi nilai-nilai murni, positif dan akhlak. Sebagai contoh, jika kita tidak menutup lampu ketika tidak berada dalam bilik pejabat atau di rumah, ia akan membawa pembaziran. Pembaziran merupakan amalan syaitan dan dalam konteks pengurusan nilai, ia membawa implikasi yang negatif.

没有评论:

发表评论