2012年4月15日星期日

prinsip-prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama

prinsip-prinsip penting dalam ajaran pelbagai agama

Malaysia ialah sebuah negara demokrasi dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai keturunan , budaya, bahasa dan agama . Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi,tetapi agama-agama lain bebas diamalkan secara ama . Misalnya, agama Buddha, Hindu ,Kristian, Sikh ,ajaran  Confucius dan Taoist. Setiap agama berbeza dari segi ajaran ,penekanan dan amalannya. Namun,semuanya mempunyai nilai-nilai murni yang menjurus kepada nilai-nilai  moral yang mulia seperti sabar murah hati , sopan santun ,hormat kepada orang tua dan sebagainya . Nilai-nilai ini perlu dihayatin oleh setiap individu untuk kecemarlangan diri dan interaksinya dendan orang lain.


Antara nilai yang penting daiam kehidupan bermasyarakat ialah kasih sayang  dan saling membantu .Nilai-nilai ini diamalkan dalam agama Islam dengan menggalakkan umatnya saling membantu antara satu sama lain dalam hidup bermasyarakat. Penganut agama Buddha dan Hindu juga digalakkan berbakti kepada masyarakat  untuk mencapai kesempurnaan rohani dengan caranya yang tersendiri , begitu juga dengan penganut agama Kristian pula dikehendaki menyayangi jiran tetangga seperti menyayangi diri sendiri.



Kita sering membaca dalam akhbar atau menonton di televisyen tentang sikap prihatin rakyat negara ini dalam membantu mereka yang ditimpa musibah atau bencana alam seperti mangas gempa bumi ,tsunami ,banjir ,tanah runtuh ,kebakaran atau mereka yang menghidap penyakit kronik . Anda sendiri , bagaimana ?



                                                         sikap prihatin rakyat malaysia .

Kebersihan merupakan nilai yang penting .Nilai ini merangkuni kebersihan fizikal dan mental . Orang Islam perlu membersihkan  diri dengan berwuduk dan bersembahyang di tampat yang bersih . Sembahyang yang khusyuk akan melahirkan hati yang bersih selaku hamba-Nya. Agama Sikh menekankan agar penganutnya melakukan sesuatu dengan hati yang bersihdan jujur . Penganut ajaran Buddha juga digalakkan mengamalkan kehidupan yang jujur dan bersih dalam setiap tindak-tanduk mereka .Oleh itu , kita patut menjadikan nilai ini sebagaimya daripada kehidupan dengan menjaga kersihtan diri , persekitaran ,dan kemudahan awam agar kehidupan kita lebih selesa . Malahan kerajaan menggalakkan rakyatnya agar menjaga kebersihan .Kebersihan sepatutnya menjadi amalan setiap individu kerana setiap agama menuntut penganuntnya menjaga kebersihan.


                                       setiap agama menuntut penganutnya mengamalkan 
                                                    nilai kebersihan dan kasih sayang .


Disiplin diri berkait rapat dengan kawalan diri seseorang .Mengawal diri menurut ajaran agama ,undang-undang ,tradisi serta pegangan masyarakat serta negara merupakan nilai yang penting .Satu amalan yang melatih seseorang mengawal diri ialah puasa .Islam mewajibkan umatnya berpuasa pada bulan Ramadan ,Berpuasa merupakan amalan yang mengajar dan melatih umat Islam mengawal diri bukan sahaja daripada makan ,minum atau kepuasan inderia tetapi juga semua sifat negatif seperti tamak ,dengki , menipu ,memfitnah ,sombong dan sebagainya . Agama-agama lain seperti Hindu ,Buddha, Kristian dan Sikh juga nmenyuruh penganutnya berpuasa untuk tujuan-tujuan tertentu dengan caranya yang tersendiri .

Semua ajaran agama terutamanya agama Islam walaupun amalannya berbeza tetapi nilainya menjurus kepada satu arah iaitu kebaikan ,keamanan ,kaharmonian ,kesejahteraan , kesepakatan dan sebagainya , Sebagai individu yang mengadi rakyat negara majmuk ,kita perlu peka dan menghormati amalan dan kepercayaan agam orang lain .Misalnya ,orang Islam amat sensitif gengan barang-barang atau makanan yang terhasil daripada bahan yang diragui kehalalannya dan yang diharamkan untuk memakannya oleh hukum syarak.Begitu juga dengan penganut agama Hindu yang tidak memakan daging lembu kerana haiwan ini dianggap suci .Kita
hendaklah  menjaga sensitivito mereka bagi menjaga kehormonian masyarakat dan negara .

Pada hari perayaan tertentu seperti Thaipusam dan Hari Wesak, perarakan akan diadakan menyebabkan penutupan jalan-jalan tertentu.Namun demikian,sebagai rakyat Malaysia,kita perlu bersikap toleransi dan saling menghormati upacara keagamaan kaum lain agar perpaduan negara sentiasa berkekalan.


Nilai-nilai murni dan ajaran agama memainkan peranan penting dalam usaha mencorakkan kemajuan ,keamanan,mengukuhkan persefahaman dan membina kesejahteraan hidup rakyat di negara ini.Untuk mencapai matlamat tersebut,kita sebagai warganegara Malaysia bukan sahaja perlu mengamalkan nilai-nilai murni ajaran agama masing-masing dalam kehidupan tetapi juga perlu menghormati nilai-nilai dan amalan agama kaum-kaum lain.







没有评论:

发表评论