Nilai-nilai murni dari perspektif pelbagai agama di Malaysia.
Pengenalan:
Di
Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.
Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa
Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini
mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa
ke semasa.
Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua
ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral,
akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni
dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang
bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin
kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.
Nilai-nilai Murni Dalam Masayarakat Melayu
Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa. Masyarakat Melayu mengutamakan amalan budi kerana amalan ini merupakan jati diri setiap orang Melayu dalam masyarakat Melayu.
Bagi
masyarakat Melayu, keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau jati
diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama,
berakhlak, dan berbudi. Justeru, terdapat pelbagai egen yang membentuk
struktur kemasyarakatan dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu.
i. Keluarga
ü Merupakan egen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat
ü Keluarga
dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang
mempunyai keperibadian yang luhur dan suci dan terhindar dari
gejala-gejala yang tidak sihat
ii. Masyarakat
ü Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial
ü Kawalan
sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyarakat dan
lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan
badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya
iii. Kerajaan/Pemerintah
ü Kerajaan dan pemerintah merupakan egen pembentuk masyarakat yang bertamadun dan harmonis
ü Kejayaan
pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinanyang diterajui oleh
pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah
Budaya
masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat.
Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan
pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam
proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini
adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah
berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu
sejak dari abad ke-13 lagi. ( Pemikir AprilJun2003: 6)
Kedua-dua aspek ini juga menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah
proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi
membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat tersebut.(Tamadun Islam
dan Tamadun Asia 2001: 187) Pembudayaaan pula
ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu
bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya)
masyarakat yang dianggotainya. (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001: 187)
Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu,
tetapi yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu
dari tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses sosialisasi dan
pembudayaan ini bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti
masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun. (Tamadun Islam dan
Tamadun Asia 2001 : 191192).]
Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Cina
Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Masyarakat Cina memuja nenek moyang dan tian
(langit) di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan
bintang, tanaman atau alam semula jadi. Ianya telah wujud dalam
masyarakat Cina sejak zaman silam lagi.
Masyarakat
. Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan
kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan
daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan
akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri
lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan.
Bagi masyrakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang
peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang
dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi
ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya
tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan
tuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian.
Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk
dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan
mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan
akhirat.
Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai
makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa
maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika
Konfusianisme. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral. Konsep Ying dan Yang juga
mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting
untuk mencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. ( Soo Khin Wah
dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002: 306-307)
Falsafah Konfusianisme
Falsafah
Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspekaspek
falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran
Konfusius (551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran
utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia,
terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi
untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:
ü Perikemanusiaan (ren)
ü Kewajaran (yi)
ü Kesusilaan (li)
ü Kearifan (zhi)
Ajaran Konfusius
Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai wulun, iaitu:
i. Raja dengan menteri
ii. Ayah dengan anak
iii. Suami dengan isteri
iv. Abang dengan adik
v. Kawan dengan kawan
Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasasma tanpa mengira bangsa.
Ajaran Buddhisme
Ajaran
Buddhisme mementingkan kesederhanaan di mana asas pengajarannya ialah
penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar
kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan
jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan
diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut
perasaan.
Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakt India
Masyarakat
India kenbanyakkan beragama Hindu. Bagi masyarakat India, keluarga
merupakan unit asas dan terpenting. ( Azhar Hj. Md Ars dan Azharuddin
Mohd Dali 2000 : 164 ). Masyarakat India juga mengamalkan sistem
keluarga bersama (joint family).
Apa
yang dititikberatkan dalam masyarakat India ialah perpaduan di antara
ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian
kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan
diperturunkan kepada generasi muda. Sistem keluarga bersama juga
mengalami kemorosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran
semasa dan arus pemodenan terutama pengaruh daripada Barat menerusi
media massa dan ICT.
Sistem
keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu
ashrama dharma, iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan
purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan. Apa yang dimaksudkan dengan empat objektif mulia ini ialah:
i. Aramldharma iaitu
diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang
mementingkan moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam
kehidupan ini.
ii. Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal.
iii. Inbamlkama iaitu
orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah menikmati
kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari
rezeki ialah untuk memberi makanan dan pakaian ahli keluarga.
iv. Vidulmoksha iaitu
pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat
kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara
duniawi. Mereka melakukan keIja amal disamping menyebarkan ajaran
-ajaran agama. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 359-360).
Secara
keseluruhannya, agama Hindu menitkberatkan kehidupan yang lebih baik
berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala
kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadapa makhluk yang lain sama
ada manusia atau haiwan. Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni
dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai
daIjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu
bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya sebaliknya mereka akan
dilahirkan dengan daIj at yang rendah. Proses ini berterusan sehingga
individu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan
melakukan kebaikan. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 360)
没有评论:
发表评论